Select Page

Dalam episod pengenalan ini, Normie sangat teruja untuk berkongsi kisah dan menceritakan pengalaman Normie sepanjang Normie berada di Asia Camp Taman Negara. Malah, apa yang membuatkan Normie sangat teruja adalah di mana ini adalah buat pertama kali dalam hidup Normie menjejakkan kaki ke Taman Negara.

Normie memulakan perjalanan dengan menaiki kereta bersama suami dan anak-anak dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Tanah Rata, Cameron Highlands ke Taman Negara. Sepanjang perjalanan, Normie melalui jalan kampung yang tenang dan tiada kesesakan lalu lintas, dan setelah 4 jam perjalanan Normie dan keluarga sampai dengan selamat di pintu masuk Asia Camp Taman Negara.

Welcome to Asia Camp Taman Negara

 

ABADIKAN KENANGAN DI SINI

Bersambung kembali dalam topik episod pengenalan ini, usai meletakkan kereta, Normie terus ke bahagian pendaftaran dan berjumpa dengan Tuan Hassan selaku Pengurus Besar di sini. Dan seperti biasalah, orang Cameron bila turun sahaja ke bawah keadaannya pasti tak ubah seperti cacing kepanasan, Jadi perkara pertama yang kami lakukan adalah check in dalam bilik terlebih dahulu untuk proses menyejukkan badan dengan menggunakan aircond.

BILIK YANG LUAS DAN SELESA

Selepas melelapkan mata dan berehat, Normie pun memulakan eksplorasi. Tetapi oleh kerana lawatan kali ini adalah begitu singkat dan Asia Camp Taman Negara ini juga mempunyai keluasan yang besar jadi Normie tak berkesempatan untuk menjelajah ke seluruh kawasan.

Jadi, untuk episod pengenalan ini, apa yang dapat Normie kongsikan dan simpulkan untuk anda para pembaca semua adalah ;

  1. Premis Asia Camp Taman Negara ini adalah sebagai transit bagi mereka yang bercadang untuk pergi ke Taman Negara kerana jarak yang sangat dekat di mana hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit.
  2. Lokasi yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat family day, malah juga sesuai bagi sebarang acara ringkas seperti jamuan perpisahan jabatan, majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan juga tempat yang menarik untuk kursus dan seminar.
  3. Makanan juga disediakan. Boleh rujuk pakej-pakej katering yang sering diupdate dalam facebook dan instagram tamannegara2u.
  4. Pemandangan indah yang dipenuhi dengan kehijauan alam sekitar malah boleh dengar bunyi burung berkicau di waktu pagi.

Jambatan gantung untuk ke resort di seberang.

RUANG DINING DAN PENDAFTARAN

Setakat ini sahaja untuk episod pengenalan kali ini, dan untuk artikel yang seterusnya Normie akan berkongsi pengalaman tentang aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh dijalankan di Asia Camp Taman Negara.

TRAVEL! YOUR MONEY WILL RETURNED TO YOU BUT YOUR TIME CAN’T – JACKIE CHAN