Select Page

Pakaian adalah salah satu alat yang penting dalam memainkan peranan sebagai pemudah cara di samping menjadi melindungi tubuh badan dan memelihara haba.

Setiap aktiviti memerlukan pakaian yang sesuai. Jika anda ke pejabat, maka anda perlukan pakaian yang sesuai untuk situasi pejabat. Begitu juga jika anda ke Taman Negara dimana anda akan melakukan aktiviti yang memerlukan anda bermain tanah, air, panas matahari, ancaman serangga dan kesejukan di waktu malam.

Penting untuk anda ketahui dan merancang jenis pakaian yang sesuai dan tepat untuk beraktiviti di Taman Negara Pahang ini. Tambahan lagi, Taman Negara adalah hutan hujan tropika yang beriklim panas lembab.

 

Antara keperluan pakaian yang anda perlu tahu untuk beraktiviti di hutan adalah :-

1. Fabrik pakaian jenis menyerap peluh dan cepat kering.

2. Menutupi kaki dan tangan jika tak mahu diserang gigitan serangga seperti nyamuk dan pacat.

3. Kasut yang menutupi buku lali.

4. Kasut sandal untuk tujuan berjalan di sekitar tapak perkhemahan untuk aktiviti berehat atau santai atau menaiki bot.

5. Pakaian yang mengekalkan haba ketika di waktu malam

6. Baju hujan.

7. Cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada cahaya matahari yang terik.

8. Topi.

9. Pakaian yang ringan dan tidak mengambil banyak ruang di dalam beg.

 

Tip paling penting dalam memilih jenis pakaian untuk beriadah di dalam suasana hutan dan bersungai adalah memilih pakaian yang ringan dan cepat kering. Aktiviti meneroka hutan atau berkhemah sememangnya menyeronokkan. Namun anda perlu bersedia untuk menghadapi cuaca hujan panas yang sememangnya sudah sinonim dengan negara kita Malaysia, sama ada siang atau malam.

Seperkara lagi, harus dielakkan memakai kasut but yang lapisan kalis air. Kaki anda memerlukan kasut yang mempunyai aliran udara yang baik. Pakailah kasut yang direka khas bagi tujuan kembara hutan.

Impak dari memakai pakaian yang sesuai ketika aktiviti di Taman Negara adalah sangat besar kerana keselesaan mampu mencipta pengalaman yang menyeronokkan!