Select Page

 

Cipta pengalaman baru bersama rakan-rakan melalui aktiviti berkhemah di Taman Negara Pahang. Bukan sahaja anda dapat berehat sebentar dari kesibukan bekerja, anda juga dapat menikmati keseronokan beraktiviti bersama rakan-rakan, sambil menikmati suasana yang mendamaikan jiwa.

Sekali-sekala, cabaran yang menyeronokkan dapat memberikan nafas baru dalam corak hubungan sesama rakan anda.

Aktiviti berkhemah adalah aktiviti rekreasi yang melibatkan pembinaan kemahiran hidup yang boleh dipelajari. Di samping itu, ia membantu membentuk hubungan yang kuat sesama individu di dalam sesebuah kumpulan mampu terjalin melalui proses persediaan, meluangkan masa bersama memasak, mandi-manda di sungai dan banyak lagi.

Melihat persekitaran yang hijau, mendengar bunyi cengkerik, burung-burung dan juga deruan air sungai dapat membantu meredakan tekanan emosi, mengubati depresi dan kesedihan.

Aktiviti berkhemah bukan sahaja boleh dilakukan dengan rakan-rakan, tetapi juga ahli keluarga, dan juga rakan sepejabat kerana manfaatnya sangat efektif dalam meningkatkan kualiti hubungan sesama ahli pasukan.

Antara manfaat yang boleh didapati melalui aktiviti berkhemah :-

 

1. Menguatkan hubungan sesama individu

Disinilah ruang yang bagus untuk berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan tanpa gangguan luaran. Kualiti komunikasi sesama individu dapat diperbaiki melalui aktiviti berkhemah.

 

2. Menghirup udara segar

Udara bandar tidak sebersih udara dihutan dimana pohon-pohon menghijau mneghasilkan oksigen yang lebih segar untuk anda bernafas. Di dalam aktiviti berkhemah, anda dapat menghidu bauan yang segar dari alam semula jadi yang menyegarkan deria anda serta bau masakan yang dimasak menggunakan kayu api.

 

3. Meningkatkan rasa gembira

Kualiti mood anda dapat ditingktkan melalui aktiviti berkhemah. Hormon serotonin yang berperanan memberikan rasa gembira yang dihasilkan semasa anda melakukan aktiviti ini. Sinaran matahari, oksigen yang  lebih, serta aktiviti fizikal yang terlibat dapat memenuhi keperluan ini.

 

4. Meningkatkan kemhiran mengurus

Walaupun aktiviti memasang khemah tidak terlibat setiap hari, tetapi cabaran baru ini dapat mencipta pengalaman baru dan mengekalkan kesihatan otak yang membantu cara berfikir mengurus situasi yang lebih efektif.

 

Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk aktiviti perkhemahan adalah:;-

1. Tapak perkhemahan Mutiara Taman Negara

2. Tapak perkhemahan Dakili

3. Tapak perkhemahan Dan’z Travel

4. AsiaCamp Resort

5. Lubuk Tenor

6. Sepanjang Sungai Tembeling

7. Gua Kepayang Besar