Select Page

 

Adakah anda tahu bahawa suku kaum asli yang tinggal disepanjang sungai Tembeling, Taman Negara National Park, Pahang, Malaysia adalah suku Kaum Batek yang masih mengamalkan budaya mereka sendiri.

Mereka amat malu bila berjumpa dengan orang luar. Masih percaya semangat hutan, anak anak tidak dihantar ke sekolah, berkahwin masih mengikut adat orang asli Batek, bersalin sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan bidan atau doktor kerajaan. Itu lah adat resam dan kepercayaan mereka sebagai suku kaum Batek.

Batek bermaksud corak kulit pada badan tangan kaki mereka, mereka akan pastikan kulit mengelupas dan akan menarik narik kulit menjadi corak Batek. Lagi banyak dan menarik corak Batek tersebut lagi dihargai dan dihormati. Oh ya, mereka juga dipimpin oleh orang yang lebih tua dipanggil Tok Batin, tugas Tok Batin juga selain tempat mengadu atau mendapat pandangan, adalah bila mendapat makanan atau hasil buruan beliau yang akan mengagih-agihkan makanan tersebut secara adil dan saksama.

Orang asli Batek berburu dengan menggunakan sumpit yang diletak racun damak atau menggunakan tombak. Dan sebagai ketua, beliau boleh beristeri lebih daripada satu.. 🙂

Mereka menyara keluarga dengan mencari hasil hutan seperti gerharu, madu, rotan, akar akar untuk perubatan dan menjual kepada peraih di luar, ada juga yang mengambil upah dengan membawa bot-bot pelancong dengan bekerja dengan penguasa bot taman Negara.

Sikap kaum Batek adalah suka berpindah randah dan sekiranya ada berlaku kematian, kampong tersebut akan dikosongan sekurang2nya sebulan, ini kerana mereka percaya roh si mati akan merayau rayau di kampong tersebut. Cara perkebumian pulak adalah dengan membalut mayat tersebut dengan tikar yang dianyam dengan daun palas/pandan dan disimpan (ikat) tinggi atas pokok tualang jauh ke dalam hutan.

Pendek kata untuk mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan suku kaum Batek ini, anda melawat lah Taman Negara National Park Pahang Malaysia dan mengenali sendiri mereka dengan lebih rapat lagi, dan pasti anda akan menghargai sumbangan mereka kepada hutan kita.