Select Page

Kali ini pihak sekolah Gombak telah memilih taman Negara national park sebagai destinasi camp pelajar sekolah. Saya sebagai guru cikgu yang dipertanggung jawabkan menyelia dan memantau pelajar sekolah membuat penyediakan yang sepatutnya.

Bas bergerak sekitar jam 8 pagi dan seramai 40 orang murid mengikuti camp kepimpinan pelajar kali ini diiringi 4 orang cikgu pengiring. Perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 4 jam dari sekolah kami menuju ke bandar Jerantut juga dikenali sebagai Bandar Taman Negara.

Kami tiba di camp yang telah diuruskan oleh pihak sekolah iaitu Asia Camp Resort Taman Negara National Park. Pihak kami disambut oleh Pengurus Resort dan diberi kunci untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar pelajar ditempatkan di dorm hostel asrama berkipas sementara kami guru diberi bilik chalet berhawa dingin.

Selepas makan malam acara mind setting dibuat oleh pengurus Asia Camp Resort. Group pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diperkenalkan kepada tourist guide yang berlesen. Kami dihantar ke jetty kuala tahan dengan menaiki pacuan 4 roda. Perjalanan ke taman Negara national park diteruskan dengan menaiki boat crossing ke seberang sungai (dekat jer, lebih kurang 50 meter), menaiki tangga yang akan mencabar (hehehehe) ke starting point. Night Jungle Walk adalah aktiviti mencari serangga atau hidupan waktu malam, dengan menggunakan lampu suluh diiringi pemandu pelancung, kami berjalan berkumpulan secara perlahan-lahan sambil menyuluh. Malam itu kami menjumpai serangga seperti kala jengking (scorpion), labah labah besar (sebesar tapak tangan), serangga kayu (stick insect), pelbagai jenis semut, ulat gonggok yang saiz agak besar dari yang pernah dijumpai dikawasan rumah saya. Akhir sekali kami berhenti di menara tinjau bagi mencuba nasib melihat haiwan bersaiz sederhana, menurut pemandu pelancong terdapat garam (salt lick) yang diletak oleh kakitangan Jabatan Perhilitan bagi menarik haiwan datang kesitu. Selalu haiwan yang dijumpai di situ adalah samba deer, tapir, landak, pelanduk dan kancil. Tapi malam itu kami tidak bernasib baik kerana tiada haiwan yang muncul. Kami bergerak balik ke Camp Resort lebih kurang jam 10.00 malam.

Keesokan harinya selepas senamrobik dan sarapan pagi, kami teruskan program kami dalam dewan yang disediakan dengan aktiviti kepimpinan pelajar, teamwork, leadership dan sebagainya. Selepas makan tengah hari kami bergerak balik ke balik ke Gombaak dan sampai jam 4.30 petang. Kami dapat tau banyak lagi aktiviti luar dapat dibuat di Taman Negara national Park seperti ekplorasi hutan tertua didunia, menaiki bot kayu, melawat kampong orang asli, mandi manda di lubuk simpun dan Lata Berkoh, memberi makan ikan kelah dan sebagainya. Namun masa kami dibenarkan membuat lawatan 2 hari 1 Malam terhad. Sudah pasti kami akan kembali ke Taman Negara Kuala Tahan.

Terima kasih.