Select Page

Bila anda melawat Taman Negara National Park dan anda suka mandi manda, trip ke Lata Berkoh dengan bot kayu adalah sesuai untuk anda. Bot ke Lata Berkoh boleh muat 1 boat 4 orang dan kadar sewa bot adalah RM 200.00 sebuah. Anda boleh memilih sama ada hendak pergi pagi (9.00pagi) atau petang (2.30ptg). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada keadaan air sungai. Perjalanan jauh tidak terasa kerana leka dengan kejernihan air sungai Tahan dan hutan hijau sepanjang perjalanan. Oh ya, pastikan anda memakai jaket keselamatan sepanjang aktiviti anda demi keselamatan anda. Setelah sampai di penghujung sungai yang bot boleh laluai, anda kena berjalan kaki lebih kurang 15-20 minit ke Lata Berkoh. Anda boleh spend masa sejam untuk mandi manda di Lata Berkoh, cuma perlu berhati-hati semasa menuruni bukit/tebing. Kejernihan dan kesejukan air yang turun dari gunung tahan sehingga terasa ke tulang. Pasti anda tidak akan lama berendam…hehehehe….

 

Setelah anda puas mandi manda, bot akan membawa anda turun dan berenti di tempat memberi ikan makan (Kelah Sanctuary). Bagi membantu pemeliharan ikan di situ, anda boleh membeli makanan ikan dengan kadar harga RM 5.00. Disediakan pelantar untuk anda membaling atau memberi ikan makan dan jenis ikan yang terdapat adalah Kelah Merah, Sebarau, Kejor, Lampan, Baung, dan sebagainya. Saiz ikan di sini adalah saiz mega kerana tidak diganggu atau diusik oleh orang, kawasan sungai Tahan adalh terjaga di bawah kawalan Jabatan Perhilitan Taman Negara National Park

.

Selepas itu boat akan membawa anda turun dan berhenti di satu kawasan terdapat sebatang pokok Tualang yang besar, lebih sepemeluk. Anda boleh mengambil gambar di hadapan pokok Tualang yang besar. Perjalanan aktiviti ini mengambil masa 2-3 jam dan kenangan anda dengan kejernihan, kesejukan air sungai Tahan, ikan saiz mega dan pokok yang besar memberi anda memori yang sukar dilupakan.