Select Page

Perjalanan ke Taman Negara National Park dari Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri atau kenderaan awam melalui highway Karak ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Susur keluar tol Temerloh dan mengikur arah papan tanda ke Jerantut. Dari bandar Jerantut mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui Felda padang Piol, bagi yang ingin mencuba ke Taman Negara melalui sungai boleh mengarah ke jetty Kuala Tembeling. Kadar tambang bot lebih kurang RM 50.00 sehala dan bot akan bergerak jam 1.00 tengah hari. (1 kali sehari sahaja, jadi pastikan anda tidak terlepas masa bot bergerak). Di Kuala Tahan Taman Negara national park terdapat banyak Chalet, hotel, motel, guest house, hostel untuk pilihan penginapan. Banyak juga pilihan tempat makan seperti restaurant biasa dan restaurant terapung. Kadar harga juga munasabah. Banyak aktiviti boleh dilakukan di taman negara national park seperti Night Walk, mencari hidupan malam serangga waktu malam dan meninjau binatang di rumah tinjau. Jungle Trekking dan jambatan gantung yang terpanjang di dunia, menaiki bot menyusuri sungai (Rapid Shooting) di mana bot akan melalui beberapa jeram dan anda akan basah, dalam masa yang sama anda juga boleh singgah di perkampungan orang asli suku kaum Batek. Anda akan diajar menyumpit dan menghidupkan api cara lama tanpa mancis atau pemetik api. Bagi anda yang gemar air terjun waterfall anda boleh menaiki bot ke Lata Berkoh, perjalanan melalui sungai tahan dengan pandangan yang indah dan kehijaun hutan yang tidak terusik lebih kurang 45 minit. Mandi manda dalam kesejukan dan kejernihan air sungai dari gunung tahan sungguh indah, memori yang tidak dapat dilupakan. Semasa menaiki bot balik anda akan singgah di Kelah Sanctuary untuk memberi ikan makan, makanan ikan boleh dibeli disitu sambil memberi sumbangan untuk aktiviti pemeliharaan ikan. Terdapat spesis ikan kelah merah, sebarau, kejar, tengas,lampan,toman dan bayak lagi. 

 

Bot Rapid Shooting

Berada 3 hari 2 malam di taman negara national park rasa tidak cukup bagi kami kerana masih belum habis menerokai keindahan kehijauan alam flora dan fauna yang hanya boleh didapati di hutan tertua di dunia taman negara national park. Dan juga kesejukan air sungai yang mengalir tanpa batasan dan waktu. kami akan kembali suatu hari nanti untuk meneruskan ekplorasi menerokai taman negara national park.